32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu lori mengaku salah lakukan amang seksual pada budak

    Shopee Sale

    Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Pasir Tumboh Limbat, pada 26 Jun lalu.

    Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Zulkifli Abllah.

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang baru berusia 23 bulan di sebuah rumah di Perumahan Desa Darul Naim, Jalan 2 Pasir Tumboh Limbat kira-kira jam 9 malam.

    Mohamad Zulazhar didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

    MENARIK:  PBT ada punca kuasa arah tutup operasi sempena 1 Syawal - Exco

    Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 18 Julai ini untuk fakta kes dan hukuman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah