25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja tempuh kesesakan lalu lintas kerana tiada alternatif lain, kata senator MIC

    Shopee Sale

    Cadangan untuk mengenakan caj kesesakan di bandar-bandar utama tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas, kata seorang senator dari MIC, C Sivaraj.

    Ini kerana katanya, kebanyakan pengguna kenderaan terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas dan tidak mempunyai pilihan lain.

    “Kerajaan mesti mengakui kebenaran yang mudah, rakyat Malaysia tidak menempuh kesesakan lalu lintas untuk berseronok.

    “Mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Dia mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang berkata kerajaan percaya caj kesesakan boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 20 peratus, malah akan dapat membantu mengurangkan kerugian berbilion Ringgit.

    Zaliha berkata kerajaan telah mengenal pasti tiga bandar utama yang berpotensi dikenakan caj kesesakan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.

    MENARIK:  Tony Fernandes kesal video palsu yang tular, bidas Facebook

    Sivaraj berkata di Kuala Lumpur, kecekapan dan kekerapan sistem pengangkutan awam masih tidak memuaskan.

    “Dalam keadaan sebegitu, mengenakan caj kesesakan bukanlah penyelesaian, ia adalah hukuman kepada mereka yang semata-mata ingin keluar bekerja dan mencari rezeki," katanya.

    Dia berkata membandingkan bandar seperti London dan Singapura juga adalah mengelirukan, memandangian bandar-bandar tersebut telah mempunyai sistem pengangkutan awam bertaraf dunia sebelum mengenakan caj kesesakan.

    Selain itu, katanya akan ada kesan domino daripada caj sedemikian, termasuk tambang e-hailing dan penghantaran makanan akan menjadi lebih mahal serta peningkatan kos logistik yang pasti akan merugikan pengguna akhir.

    Sementara itu, Sivarraajh juga mencadangkan kerajaan tidak mengenakan caj kesesakan, sebaliknya memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mengurangkan beban rakyat dan menjana lebih banyak pendapatan kepada kerajaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah