25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja pusat boling ditemukan mati dalam stor berkunci

    Shopee Sale

    Seorang pekerja pusat boling berusia 53 tahun ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan di pusat itu di Tanjong Malim, di Perak awal pagi tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kes itu pada 1.57 pagi, sebelum bomba tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

    "Terdapat seorang mangsa lelaki terperanangkap dalam bilik stor peralatan pembersihan yang berkunci dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan). Pintu telah dibuka oleh polis bantuan sebaik bomba tiba di lokasi.

    MENARIK:  Luruan monsun dijangka berlaku 25 hingga 29 Dis ini - MetMalaysia

    "Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperanangkap) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pemantauan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 2.36 pagi, dan kes masih dalam siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah