25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja kuari tertimbus runtuhan batu di Raub

    Shopee Sale

    Seorang pekerja kuari dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di Kuari IJM, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub kira-kira 12.50 tengah hari, semalam.

    Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu dari kawasan bukit berhampiran.

    “Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera yang dipandunya, sebelum dihempap dan tertimbus. Radius kawasan yang tertimbus dianggarkan 300 meter, manakala kedalaman kawasan tertimbus belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  'Saya bukan hero' - Akmal kongsi artikel dirinya dilabel wira BN

    Beliau berkata tiga lagi pekerja warga asing mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Raub.

    Mohd Shahril berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pelbagai agensi lain berdepan kesukaran berikutan masih berlaku pergerakan tanah.

    “Pasukan Bomba telah memohon bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM yang dijangka memulakan operasi mengesan mangsa hari ini.

    "SAR pada hari pertama ditangguhkan kira-kira 7.30 malam kerana keadaan lokasi yang gelap,” katanya.

    Operasi SAR diteruskan 8 pagi hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah