25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pejabat Rafizi tak pernah dikosongkan, hanya kemas untuk jamuan raya’

    Shopee Sale

    Seorang pegawai Kementerian Ekonomi menafikan dakwaan Nurul Izzah Anwar bahawa Rafizi Ramli berhasrat meletakkan jawatan sebelum mengambil cuti bulan lalu.

    “Saya boleh sahkan pejabat Rafizi Ramli tidak pernah dikosongkan sewaktu beliau bercuti hari tu.

    “Kalau nak screenshot status saya ni pun boleh,” kata Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu, Najib Bakar menerusi satu hantaran di Facebook.

    Sebaliknya Najib berkata pejabat Menteri Ekonomi hanya dikemaskan untuk majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Najib yang juga ahli PKR berkata, ramai anggota polis dari Cawangan Khas melawat kementerian tersebut pada 27 April lalu untuk menyemak maklumat bahawa Rafizi akan meletak jawatan.

    “Tak tahulah depa dengar rumors dari mana, agaknya dari 'sumber tak dinamakan'.

    "Ni ha, gambar jamuan raya pada tarikh tersebut. Semoga menjawab segala kekeliruan,” katanya dalam satu lagi hantaran.

    MENARIK:  Beri rasuah: Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000

    Semalam Nurul Izzah berkata dia menerima maklumat Rafizi bukan sahaja mengambil cuti dan mengosongkan pejabatnya, malah turut menyediakan sepucuk surat peletakan jawatan.

    Menurut Izzah, perkara ini berlaku susulan beberapa siri kekalahan di peringkat cabang yang melibatkan pimpinan yang sehaluan dengan Rafizi, serta pimpinan lain di peringkat akar umbi.

    Izzah menjelaskan perkara inilah yang dikatakan mendorong anggota PKR untuk mendesaknya tampil dan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

    "Memandangkan kemungkinan kekosongan kepimpinan ini menggusarkan ramai pihak terutamanya anggota dan pimpinan PKR, ada yang membuat seruan agar saya tampil menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden.

    "Seruan ini telah disokong oleh 201 daripada 220 cabang parti. Hanya pada hari terakhir penamaan calon, saudara Rafizi mengumumkan pencalonannya, selepas saya telah menyambut seruan yang diberikan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah