26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PDRM umum pertukaran 22 pegawai kanan

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 22 pegawai kanan berkuat kuasa 9 Jun.

    Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan pertukaran itu, antaranya melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman SAC Mohd Mahidisham Ishak yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

    Beliau berkata Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) Bahagian Kewangan/ Perolehan/ Kepolisan Am Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman ACP Rohana Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/ Kepolisan Am) di jabatan sama dengan memangku pangkat SAC.

    Selain itu, Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ACP Zuraimi Zam Zam pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D6) di jabatan yang sama dengan memangku pangkat SAC.

    “Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi, Sarawak ACP Mahbub Mustofa Norsalim dilantik sebagai Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  ULASAN l Mahathir 100 tahun: Malaysia ‘buat-buat tak perasan’

    Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan (Polis Bantuan/ Agensi Kawalan Keselamatan) Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan Bahagian Operasi Pencegahan/ Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman ACP DR. S. Parusuraman pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak dengan memangku pangkat SAC

    Selain itu, pertukaran lain melibatkan Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah ACP Ahsmon Bajah dilantik sebagai Ketua Pengurusan Sabah dengan memangku pangkat SAC.

    Kamaruzaman berkata Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Sarawak ACP Zulkifli Abu Bakar pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

    “Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Kuala Lumpur ACP Suffian Sulaiman dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah