29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan Smart di Myanmar pulang ke tanah air Isnin ini – Mat Hasan

    Shopee Sale

    Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar akan menamatkan operasinya dan pulang ke tanah air Isnin ini.

    Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata selain tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh SMART telah tamat, ia perlu dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperanangkap di bawah runtuhan bencana alam itu.

    “SMART kita jumpa seorang sahaja masih hidup dan yang lainnya semua telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama sebelum mengakhiri lawatan rasmi untuk misi kemanusiaan ke Myanmar pada Sabtu.

    Misi kemanusiaan sehari itu turut diketuai bersama rakan sejawatnya dari Thailand Maris Sangiampongsa.

    Menurut Mohamad, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Menteri Luar Myanmar U Than Shwe turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas kecekapan SMART melaksanakan operasi SAR di negara itu selain penyaluran bantuan kemanusiaan yang lain.

    MENARIK:  Gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 5 Jun depan

    Mohamad berkata perkara itu dizahirkan semasa sesi pertemuannya dengan Aung Hlaing dan Than Shwe di Nay Pyi Taw.

    Katanya, SMART telah dihantar ke Sagaing, iaitu kawasan paling teruk terjejas kerana pasukan itu mempunyai kelengkapan mencari dan menyelamat yang mencukupi.

    “Malah, saya dimaklumkan penduduk di sana sangat menghormati dan sanjung tinggi pasukan SMART kita sehingga mereka minta pasukan kita jangan kembali ke Malaysia lagi,” katanya.

    Malaysia menghantar dua pesawat A400M milik TUDM yang membawa 50 anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar, bagi operasi SAR pada 30 Mac lepas.

    Operasi SAR oleh SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah