27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan pengaman PBB di Lubnan perlu dihormati – Paus Francis

    Shopee Sale

    Paus Francis mengeluarkan rayuan mendesak agar misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan (UNIFIL) dihormati, selepas beberapa askar PBB cedera akibat tembakan atau letupan semasa serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Paus berkata dalam doa Angelus di Rom bahawa beliau mengikuti situasi di Timur Tengah dengan penuh kebimbangan.

    "Saya menyeru sekali lagi gencatan senjata segera di semua medan peranang. Marilah kita mengambil jalan diplomasi dan dialog untuk mencapai keamanan."

    Kenyataan paus itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru pasukan pengaman di Lubnan untuk berundur daripada kedudukan mereka di zon konflik.

    MENARIK:  KPM: Kanak-kanak tanpa dokumen boleh masuk 'pusat bimbingan alternatif'

    Serangan ke atas tentera PBB dan ibu pejabat mereka di selatan Lubnan beberapa hari lepas mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sekutu rapat Israel.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah