27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasu abu mayat dicuri, suspek minta wang untuk pemulangan

    Shopee Sale

    Bulan lalu, sebanyak 15 bekas atau pasu abu mayat (urn) dilaporkan hilang dari sebuah kolumbarium di sebuah taman peringatan di Nilai, Negeri Sembilan, sehingga mengejutkan ahli keluarga si mati.

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihak terlibat telah pun menghubungi pihak pengurusan dengan satu "tawaran perniagaan" yang ngeri — buat bayaran, dan pasu-pasu itu akan dikembalikan.

    "Siasatan awal mendapati suspek menghubungi pihak pengurusan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor luar negara dan mendakwa menjumpai abu mayat berkenaan.

    "Suspek kemudiannya dikatakan membuat tuntutan bayaran sebagai syarat untuk memulangkan abu mayat berkenaan," katanya kepada wartawan di Nilai, semalam.

    Johari menambah bahawa pihak polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut di Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri barang yang berada di dalam bangunan, Seksyen 384 kerana pemerasan dan Seksyen 297 kerana menceroboh tempat pengebumian.

    MENARIK:  ULASAN | Lantik ketua hakim baru, kekalkan keyakinan pada institusi kehakiman

    "Siasatan sedang giat dijalankan termasuk mengenalpasti suspek serta mengesan rangkaian komunikasi yang digunakan.

    "Kes ini membabitkan elemen komunikasi rentas negara dan penggunaan teknologi digital. Pihak polis sedang mendapatkan bantuan teknikal daripada agensi berkaitan," katanya.

    Justeru kata Johari, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.

    Insiden ini berlaku sejurus selepas laporan serupa pada 9 Mac lalu, apabila penceroboh didakwa memecah masuk sebuah taman peringatan di Kulai, Johor, dan melarikan lebih 20 pasu dari rak kolumbarium.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah