30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS enggan ulas status Razman dalam PAS Perak

    Shopee Sale

    Status Adun Gunung Semanggol di Perak, Razman Zakaria, sebagai pesuruhjaya PAS negeri itu terus menjadi tanda tanya apabila parti itu kekal mahu bermain berteka-teki.

    Hal itu kerana, salah seorang pemimpin tertinggi PAS enggan memberikan sebarang kenyataan ketika ditanya mengenainya di Kuantan hari ini.

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kedudukan Razman - yang baru saja digantung enam bulan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - melibatkan hal dalaman.

    "Perkara itu saya tak mahu komen kerana ia adalah membabitkan urusan dalam parti," katanya ringkas hari ini.

    Tuan Ibrahim ditemui selepas berakhirnya sidang DUN Pahang untuk sesi kali ini.

    Kedudukan Razman menjadi persoalan sejak awal Mac lalu susulan penampilannya di media sosial atau majlis tidak lagi dirujuk sebagai pesuruhjaya.

    MENARIK:  PN umum calon PRK Sungai Bakap 16 Jun

    Sebaliknya dia hanya dirujuk sebagai Adun Gunong Semanggol, Ketua Pembangkang DUN Perak atau Timbalan Pengerusi PN Perak.

    Sebelum itu, Razman sudah beberapa kali menarik perhatian ramai apabila membuat permohonan maaf kepada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, serta beberapa pemimpin DAP.

    Antara kontroversi terkini melibatkan Razman, 65, ialah tuduhannya bahawa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merupakan anak kepada hartawan dan pengasas Kumpulan YTL Corporation Bhd, Yeoh Tiong Lay.

    Sebelum itu, Razman mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berhubung fitnah mengaitkan Pengerusi DAP Perak itu dengan insiden mengibar bendera negara asing di Teluk Intan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah