26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parti seksi di Terengganu: Polis tunggu Exco jumpa pemilik resort

    Shopee Sale

    Polis Terengganu akan menunggu perjumpaan antara kerajaan negeri dengan pemilik sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah di Kuala Terengganu, sebelum menjalankan siasatan dan tindakan lanjut berhubung dakwaan menganjurkan sebuah parti liar di pulau perananginan tersebut.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang laporan berkenaan isu tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini.

    “Kita bergantung kepada perjumpaan antara exco (Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris) dengan pemilik resort yang dijadualkan esok.

    “Bagaimanapun setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara tersebut. Kawasan perananginan itu juga adalah kawasan persendirian yang khas untuk pelancongan dan tidak ada orang kampung pun di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  PSM: Kakitangan awam bermasalah tak perlu dikecuali kenaikan gaji

    Katanya lagi, polis juga tidak menerima sebarang permohonan permit penganjuran parti di pulau tersebut.

    Baru-baru ini tular poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian tidak sopan menghadiri sebuah parti liar dinamakan Aloha Party yang didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah.

    Ia menimbulkan reaksi kurang senang sesetengah pihak dengan menyifatkan parti tersebut tidak sesuai diadakan di Terengganu.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah