30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ops Sky: SPRM akan panggil selebriti, artis tempatan beri keterangan

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan tidak lama lagi.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.

    "Mereka ini (selebriti dan artis) akan dipanggil. Melalui keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, individu ini menerima bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    SPRM baru-baru ini menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

    MENARIK:  'Kemenangan Nenggiri akan beri mesej rakyat tak sokong k'jaan'

    Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada Isnin lepas.

    Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit serta satu orang awam dan kesemua mereka telah dilepaskan daripada reman dengan jaminan SPRM.

    Dalam operasi berkenaan juga, SPRM merampas kira-kira 4,000 dokumen manakala 98 akaun bank telah dibekukan dengan nilai berjumlah RM17,403,644.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah