27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nurul Izzah sahkan spekulasi Rafizi nak letak jawatan pada April

    Shopee Sale

    Nurul Izzah Anwar secara tidak langsung mengesahkan desas-desus bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebenarnya berniat untuk meletakkan jawatan ketika mengambil cuti bulan lalu.

    Nurul Izzah berkata dia menerima maklumat Rafizi bukan sahaja mengambil cuti dan mengosongkan pejabatnya, malah turut menyediakan sepucuk surat perletakan jawatan.

    “Tatkala saya menerima berita bahawa saudara Rafizi telah mengambil cuti dan telah mengosongkan pejabatnya, saya ketika itu masih berada di negara India bagi menghadiri jemputan sebuah persidangan antarabangsa.

    "Kepimpinan parti turut dimaklumkan mengenai sepucuk surat perletakan jawatan yang telah pun disediakan.

    "Ketika itu, timbul kebimbangan bahawa beliau mungkin tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden sekaligus menambahkan keresahan tentang potensi kekosongan kepimpinan,” katanya.

    MENARIK:  Semakan kelayakan Penghargaan SARA bermula hari ini

    Berdasarkan catatan media sosial Nurul Izzah, dia berada di India pada penghujung April.

    Tarikh ini selari dengan timbulnya khabar angin bahawa Rafizi mahu melepaskan jawatannya sebagai menteri ekoran rasa tidak puas hati terhadap dakwaan ketidaktelusan dalam pengundian cabang PKR.

    Namun perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya, Rafizi bercuti buat sementara waktu dan kembali bertugas di Kementerian Ekonomi pada 6 Mei lalu.

    Bagaimanapun, kedudukan Rafizi mungkin tidak kekal lama, memandangkan dia sebelum ini menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan sebagai menteri sekiranya tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR kepada Nurul Izzah.


    BACA BERKAITAN:

    ULASAN | Penyokong Rafizi perlekeh saya kalah PRU15 - Izzah

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah