31 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO sokong cadangan Bukit Bintang jadi zon pejalan kaki

    Shopee Sale

    Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Transit Malaysia menyatakan sokongan terhadap cadangan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur sebagai kawasan pejalan kaki.

    Transit Malaysia memaklumkan pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan tiga lorong terbabit dan aliran trafik sering terhenti semasa waktu puncak seperti hujung minggu atau petang apabila kadar pergerakan kenderaan pensendirian di pusat bandar adalah tinggi.

    “Menerusi reka bentuk semula untuk menampung lebih ramai individu datang ke Bukit Bintang sama ada dengan berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam, Jalan Bukit Bintang akan kekal ‘bertenaga’ tanpa mengira keadaan trafik," menurut kenyataan NGO itu.

    Cadangan daripada pihak berkuasa itu bermatlamat mengurangkan kesesakan trafik dengan mengehadkan akses kenderaan persendirian dan mengutamakan pejalan kaki, menjadikan kawasan terbabit lebih selamat dan lebih meriah.

    Transit Malaysia turut mencadangkan supaya persimpangan Jalan Bukit Bintang-Sultan Ismail diubah suai bagi membolehkan pejalan kaki melintas dari semua arah pada selang masa yang lebih kerap, serta memperkenalkan lorong bas untuk meningkatkan akses pengangkutan awam.

    MENARIK:  Aktivis Borneo Komrad ditahan di bawah Akta Hasutan

    Kenyataan itu memaklumkan Transit Malaysia percaya bahawa penambahan ruang pejalan kaki mampu merangsang pertumbuhan perniagaan di kawasan Segi Tiga Emas itu.

    “Kawasan ini sudah mempunyai akses yang baik terhadap pengangkutan awam dengan sambungan ke laluan MRT Kajang, KL Monorel dan beberapa laluan perkhidmatan bas GoKL.

    "Laluan pejalan kaki bertingkat ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang popular juga membantu mengukuhkan sambungan pejalan kaki antara dua tarikan utama di ibu negara. Secara keseluruhannya, ini menyediakan sambungan yang luas ke kawasan lain di bandar dan Lembah Klang," menurut kenyataan itu.

    Meskipun Transit Malaysia menyokong inisiatif berkenaan, pihak itu menyedari kebimbangan perniagaan tempatan yang bergantung kepada akses kenderaan dan menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan bagi menangani isu terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah