30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis Borneo Komrad ditahan di bawah Akta Hasutan

    Shopee Sale

    Aktivis hak asasi manusia di Sabah, Mukmin Nantang yang juga pengasas Borneo Komrad ditahan di bawah Akta Hasutan.

    Borneo Komrad memberitahu Malaysiakini Mukmin ditahan selepas hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Semporna.

    Setakat berita ini ditulis, tidak jelas sebab siasatan terhadap Mukmin.

    Mukmin ialah pengasas NGO Borneo Komrad yang berpangkalan di Sabah, dan memainkan perananan penting dalam mengetengahkan isu pengusiran masyarakat Bajau Laut di Semporna awal bulan ini.

    Dia telah membawa kepada perhatian umum mengenai dakwaan operasi pihak berkuasa untuk mengusir penduduk berkenaan dengan merobohkan rumah atas air milik mereka.

    Borneo Komrad juga telah menyiarkan beberapa rakaman video yang menunjukkan tindakan pengusiran tersebut.

    MENARIK:  Albert mohon campur tangan Agong isu Azam Baki

    Antaranya video yang memaparkan beberapa lelaki sedang menolak sebuah rumah yang usang sehingga roboh, serta menunjukkan seorang perempuan merintih kerana kehilangan tempat tinggal dan memohon belas kasihan daripada "pihak di atasan".

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah