27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nenggiri bakal berubah wajah jika BN diberi mandat – Umno Gua Musang

    Shopee Sale

    Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat di kawasan itu.

    Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim berkata masyarakat di Nenggiri memerlukan ‘sentuhan’ Kerajaan Pusat untuk membangunkan kawasan berkenaan.

    “Kita percaya sekiranya BN diberikan mandat dan sokongan daripada semua pihak, maka Nenggiri akan berubah wajah,” katanya kepada pemberita pada program Kembara Ini Warisan Kita di Kampung Batu Papan di Gua Musang semalam.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.

    Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri berlaku selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

    MENARIK:  Mahkamah batalkan perintah bayar RM700k pada pemilik kriptowang 

    Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah