26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas Segamat: Pemandu treler didakwa bunuh tiga sekeluarga

    Shopee Sale

    Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu minggu lepas didakwa di Mahkamah Majistret di Segamat hari ini.

    Muhamad Shafiq Salleh, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Johar.

    Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh K. Myakrishnan, 72, isterinya, S. Sevendai, 65, serta abang kepada Sevendai, S. Palamiandy, 75, di lokasi berkenaan pada 3.50 petang, 2 April lepas.

    Kesalahan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

    Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bezah siasat, perubatan, forensik, patologi dan Puspakom.

    MENARIK:  Inkues Zara Qairina: Saksi gambarkan dia paling sedih malam itu - pakar forensik

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Aina Muhammad Ismail Tadj, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk sepasang suami isteri maut, manakala dua lagi cedera selepas sebuah treler melanggar bahagian belakang van dinaiki mangsa di persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu.

    Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjalankan audit serta siasatan segera terhadap syarikat pengendali treler berkenaan.

    Loke berkata tindakan tegas perlu diambil termasuk memastikan syarikat terbabit dipertanggungjawabkan atas kegagalan memantau disiplin pemandu mereka yang turut didapati positif dadah methamphetamine.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah