34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nafas gantung tugas pengurus besar Faris Arriffin

    Shopee Sale

    Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bertindak menggantung tugas pengurus besarnya, Muhammad Faris Arriffin atas dakwaan kesalahan tata kelola yang melibatkan salah guna kewangan pertubuhan itu.

    Perkara itu disahkan Nafas dalam satu kenyataan semalam.

    "Tindakan itu dibuat barisan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas yang diketuai pengerusi Zamri Yaakob, susulan beberapa penemuan pelanggaran tatakelola terkait dengan kewangan Nafas yang merupakan dana milik ahli dalam pergerakan itu," menurut kenyataan itu selepas mesyuarat AJP pada 22 Oktober memutuskan untuk menggantung tugas pengurus Besar.

    Nafas juga berkata pertubuhan itu akan membentuk satu pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci pelanggaran tatakelola serta meneliti setiap penemuan dan laporan berkaitan perkara tersebut.

    Antara pelanggaran tata kelola yang ketara terdapat penyaluran kewangan Nafas kepada badan-badan kerajaan atau NGO yang langsung tidak berkaitan dengan pergerakan PP dan ia juga adalah di luar pengetahuan jemaah pengarah Nafas keseluruhannya.

    "Hasil siasatan dan penemuan lanjut akan diambil tindakan wajar melibatkan peraturan dan perundangan semasa, juga melibatkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab," tambahnya.

    MENARIK:  Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam besen dekat bengkel motor

    Sementara itu, laporan FMT, memetik Muhammad Faris yang juga ketua pemuda Amanah Wilayah Persekutuan sebagai berkata, tuduhan ke atasnya dibuat sebelum proses semakan dalaman.

    "Keputusan untuk mengeluarkan kenyataan ini (penggantungnya) sebelum memulakan proses dalaman yang sewajarnya telah memberi kesan kepada perkembangan reformasi ini," katanya.

    Nafas merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diterajui oleh Menteri Mohamad Sabu yang juga presiden Amanah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah