31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabi ‘amal kronisme’: Jakim akan panggil penerbit

    Shopee Sale

    Gara-gara memuat naik hantaran berbentuk provokasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang pemilik akaun Facebook yang menegaitkan Nabi Muhammad SAW dengan amalan kronisme dan nepotisme.

    Dalam pemakluman hari ini, Jakim berkata pihaknya memandang serius dakwaan yang dibuat individu berkenaan.

    "Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut," tulis Jakim di Facebook agensi itu.

    Terdahulu seorang penulis dan penerbit memuat naik hantaran mengundang kontroversi mengenai "negara Islam".

    MENARIK:  Polis rujuk tiga kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada timbalan pendakwa raya

    Dia membandingkan amalan demokrasi Barat yang dianggap tidak amalkan mengnepotisme dan kronisme.

    "Sebagai ketua negara Islam Madinah Nabi amalkan nepotisme dan kronisme. Contoh, Abu Bakar adalah mertua, Umar adalah mertua, Uthman adalah menantu, Ali adalah menantu dan sepupu.

    "Dalam zaman ini,patutkah kronisme dan nepotisme diamalkan juga," tulisnya.

    Hantaran itu kemudian mendapat pelbagai reaksi termasuk yang mengkritik dan menasihatkan individu terbabit supaya berhati-hati apabila mengaitkan sesuatu dengan nabi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah