28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin gila talak nak jadi PM semula, kata Zahid

    Shopee Sale

    Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai 'gila talak' apabila masih berhasrat untuk menjadi perdana menteri dan mempertikai perananan Yang di-Pertuan Agong dalam pengundian jawatan itu.

    Ahmad Zahid berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu jelas menunjukkan dia tidak boleh menerima hakikat mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan hasil perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Tegas Ahmad Zahid kenyataan Muhyiddin itu juga mencerminkan Ahli Parlimen Pagoh itu sangat tidak bertatasusila terhadap seri paduka baginda.

    “Mungkin orang itu (Muhyiddin) tidak menerima hakikat bahawa titah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan niat tuanku ketika itu bagi menyatupadukan semua parti-parti gabungan agar tidak berlaku lagi ketidakstabilan dalam politik tanah air.

    “Tetapi orang itu mungkin melihat dari aspek gila talak kerana tidak lagi mendapat jawatan itu semula.

    “Ia telah terpacul dari mulutnya ketika kempen PRK (Pilihan Raya Kecil) Dun Nenggiri pada hemat saya ia sangat tidak bertatasusila kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

    Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas Pidato Piala Datuk Nurul Amal sempena Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

    MENARIK:  Woo tegur Akmal: Jangan bertindak macam tin kosong

    Kelmarin, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah murka terhadap kenyataan itu yang disifatkan memperlekeh perananan Sultan Abdullah ketika menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan ucapannya adalah kenyataan fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja, sambil berkata akan menjelaskan perkara itu dalam siasatan polis.

    Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dun Mahkota, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, calon untuk bertanding di kawasan itu masih lagi belum muktamad.

    Menurutnya, satu mesyuarat parti peringkat negeri akan dibuat minggu depan bagi membincangkan soal penetapan calon.

    “Minggu depan akan ada mesyuarat bersama Perhubungan Umno Johor dan BN Negeri.

    “Selepas itu, kita akan bawa ke mesyuarat biro politik Umno dan dibawa ke mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk kita berikan pemakluman," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah