29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin: Bersatu kekal guna logo PN pada PRN Johor, NS

    Shopee Sale

    Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan kekal sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta akan menggunakan logo gabungan politik berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.

    Beliau berkata Bersatu tidak boleh disingkirkan daripada PN secara unilateral atau berdasarkan keputusan satu pihak sahaja.

    "Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu daripada PN secara unilateral.

    "Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara dan fasal-fasal tertentu yang perlu dipatuhi... mereka mesti mematuhi peruntukan tersebut dan perlu mencapai konsensus," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan di Ibu Pejabat Bersatu malam tadi.

    MENARIK:  Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

    Turut hadir Naib Presiden Bersatu iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Sebelum ini, PAS secara rasmi mengumumkan bahawa parti itu menghentikan segala bentuk kerjasama politik dengan Bersatu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah