Muda menyambut baik peembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu menyifatkannya sebagai titik tolak kepada sebuah fasa baru dalam politik negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, parti itu berkata bahawa keputusan berkenaan adalah seruan lantang untuk politik yang lebih bersih, progresif dan berprinsip, yang "benar-benar mewakili suara rakyat."

"Episod ini telah membuka mata kita semua tentang realiti sistem yang kita hadapi. Ia juga telah menyatukan suara anak muda, aktivis, profesional dan rakyat biasa - semua bersatu dalam satu impian untuk Malaysia yang lebih baik yang ditadbir dengan integriti dan keberanian moral," kata Muda.
Dalam keputusan sebulat suara sebentar tadi, Mahkamah Rayuan membebaskan ahli Parlimen Muar itu daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu (Armada) berjumlah RM1.2 juta.

Mahkamah rayuan mendapati pihak pendakwaan sebenarnya gagal membuktikan pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 406 terhadap Syed Saddiq selaku perayu.





