28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP PKR cadang kerajaan apungkan harga beras

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan kerajaan mengapungkan harga beras bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras tempatan.

    Katanya, cadangan mengapungkan harga beras tempatan juga diyakini dapat membantu petani dan mengatasi isu kartel dalam industri beras tempatan.

    "Penetapan harga beras pada harga 'artificially low' akan membawa kepada masalah kekurangan (bekalan) dan kewujudan kartel. Kawalan harga yang terlalu rendah sebenarnya merugikan semua pihak.

    "Petani rugi, kerana harga mereka ditekan pengilang dan pemborong. Rakyat rugi, kerana nak beli beras tempatan, tetapi dijual pada harga beras import. Kerajaan rugi kerana subsidi diberi, tetapi beras tempatan telah ditukar beg. Subsidi menjadi sia-sia. Yang untung hanya kartel tukar beg.

    "Sesuatu perlu dilakukan. Kawalan harga bukan penyelesaian selama-lamanya. Biarlah pasaran menentukan harga beras.

    “Ini adalah langkah bijaksana kerajaan (dengan melakukan) serampang tiga mata," katanya ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

    Sim turut memberi contoh mengenai harga ayam di mana selepas diapungkan, harga makanan itu kekal stabil dan dapat mengatasi masalah kekurangan dalam pasaran.

    MENARIK:  Jangan kenakan cukai sampai bebankan rakyat - Bung Moktar

    "Dulu harga ditetapkan tetapi pasaran tak dapat beli ayam. Pada masa yang sama, kerajaan pun boleh menjimatkan subsidi kerajaan," katanya.

    Sebelum ini, dilaporkan kewujudan kartel menjual beras tempatan dalam harga beras import dengan menukar kampit beras.

    Harga beras tempatan ditetapkan RM2.60 sekilo pada 2008.

    Namun pemain industri beras berkata harga RM2.60 tidak kagi relevan kerana perlu mengambil kira kenaikan kos proses penanaman padi.

    Setiap tahun kerajaan memperuntukkan hampir RM3 bilion untuk subsidi beras.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah