33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP PAS persoal alasan Anwar bantu Sapura RM1.1 bilion

    Shopee Sale

    Seorang wakil rakyat pembangkang hari ini menuntut Putrajaya menjelaskan sama ada kerajaan telah menjalankan kajian wajar (due diligence) atau tidak sebelum menyalurkan suntikan dana berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd.

    Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman menyoal kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai perkara berkenaan sebelum ini.

    "Kenyataan YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bertarikh 13 Mac 2025, dan penjelasan rasmi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bertarikh 12 Mac 2025 berhubung pakej penyelamatan Sapura Energy Berhad (SEB) berjumlah RM1.1 bilion telah menimbulkan beberapa persoalan dalam aspek keutamaan, ketelusan dan tatakelola," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Pemimpin PAS itu turut meminta kerajaan menyatakan jaminan apakah yang telah diberikan oleh Sapura Energy bagi memastikan syarikat itu mematuhi semua syarat yang ditetapkan dalam pakej "bailout" tersebut.

    "Adakah audit forensik dan kajian ‘due diligence’ menyeluruh telah dijalankan oleh pihak MOF mahupun PNB sebagai pelabur (investor) terhadap Sapura Energy Berhad sebagai penerima pelaburan (investee)?

    "Siapakah juruaudit bebas yang dilantik, beserta tarikh dan skop pelantikannya?

    "Apakah bentuk jaminan yang diberikan oleh pemegang saham, ahli lembaga pengarah, dan pengurusan tertinggi Sapura Energy terhadap komitmen dan pematuhan segala syarat yang termaktub dalam perjanjian pelaburan dan pinjaman berjumlah RM1.1 bilion yang telah dipersetujui," soalnya.

    Syahir turut menuntut Anwar Ibrahim menjelaskan jika dana yang disalurkan kepada Sapura Energy itu datang daripada belanjawan tahunan negara bagi tahun 2025.

    RM1.1 bilion bayar hutang 2,000 vendor

    Selain itu, dia mencadangkan agar isu ini dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen untuk semakan bebas.

    Pada Selasa, Sapura Energy memaklumkan kepada Bursa Malaysia syarikat itu telah menerima suntikan dana RM1.1 bilion sebagai pelaburan daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) – sebuah syarikat khas yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).

    MENARIK:  Anwar ke London, lawatan kerja 5 hari di UK

    Menurut syarikat itu, pelaburan tersebut akan digunakan secara eksklusif untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendor.

    Langkah kerajaan menyalurkan dana kepada Sapura Energy telah mencetuskan perdebatan hangat antara kerajaan dan pemimpin pembangkang, termasuk persoalan sama ada ia boleh dikategorikan sebagai langkah bailout atau tidak.

    Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, menegaskan suntikan kewangan itu "pelaburan strategik" dan berbeza daripada penyelematan (bailout) yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu, khususnya semasa era bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Semalam, Anwar Ibrahim membidas pihak yang mengkritik langkah kerajaan memberikan suntikan tunai RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) yang dibelenggu hutang.

    Sambil menegaskan bahawa pembiayaan itu hanya akan digunakan secara eksklusif untuk membayar balik vendor, perdana menteri berkata jika tidak berbuat demikian dia akan tetap dikecam atas alasan yang lain pula.

    "Daripada kira-kira 2,000 vendor, 80 peratus daripadanya adalah bumiputera yang telah menyumbang (kepada Sapura Energy). Bagaimana mereka (vendor) boleh dihukum?

    “Kalau saya tak tolong, (dituduh) Anwar khianat (sebab) dia bukan lagi bantuan perjuangakan nasib bumiputera, dia hanya jadi jurucakap DAP.

    “Kalau kita buat, dia kata: oh ini kita bantu (syarikat terbabit),” jelasnya.

    Anwar berkata suntikan dana yang diberi kerajaan melalui syarikat tujuan khas itu bukanlah berbentuk 'hangus' sebaliknya perlu dibayar semula oleh Sapura Energy.

    Mengakui kerajaan sedar isu yang melanda Sapura Energy, Anwar menambah, langkah mengabaikan syarikat itu sekarang adalah seolah-olah menghukum para vendor terbabit sedangkan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

    Pada masa sama dia menegaskan, langkah membiarkan Sapura Energy gulung tikar akan membuat negara bergantung kepada syarikat asing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah