33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Moscow lumpuh: Dron Ukraine paksa lapangan terbang henti operasi

    Shopee Sale

    Ketibaan dan pelepasan semua penerbangan di lapangan terbang Vnukovo, Domodedovo, Zhukovsky dan Sheremetyevo digantung pada Khamis, menurut Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia (Rosaviatsiya), lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Sekatan itu dikenakan susulan serangan dron besar-besaran Ukraine. Menurut Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin, sebanyak 194 dron berjaya ditembak jatuh ketika menghampiri ibu negara Rusia itu.

    Menurut kenyataan Rosaviatsiya, sekatan sementara terhadap ketibaan dan pelepasan pesawat di lapangan terbang Vnukovo, Domodedovo, Zhukovsky (Ramenskoye) dan Sheremetyevo dilakukan bagi memastikan keselamatan penerbangan.

    Kementerian Pengangkutan Rusia memaklumkan syarikat penerbangan sedang menyelaraskan jadual masing-masing susulan sekatan yang dikenakan di wilayah Moscow, manakala keadaan di lapangan terbang kekal terkawal.

    MENARIK:  Kursus farmasi di Mesir tak diiktiraf: ‘Takkan kena mengamuk ketuk meja’

    “Kakitangan tambahan telah ditempatkan untuk membantu penumpang dan perkhidmatan lapangan terbang beroperasi dalam mod dipertingkatkan,” menurut kementerian itu.

    Menurut kenyataan berkenaan, penumpang di lapangan terbang turut disediakan alas tidur dan tilam, bekalan air minuman serta kemudahan bilik ibu dan anak secara percuma.

    Moscow berdepan antara serangan dron Ukraine terbesar sejak peranang bermula, dengan sebuah loji penapisan minyak turut terkena serangan, kata Sobyanin pada Khamis.

    Dalam catatan di Telegram, beliau berkata pasukan pertahanan udara Rusia terus bertindak balas bagi menangkis apa yang disifatkannya sebagai serangan berskala besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah