33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mexico saman Google kerana tukar nama Gulf of Mexico

    Shopee Sale

    Mexico telah memfailkan saman terhadap syarikat gergasi internet Google berhubung pelabelan "Gulf of America" dalam perkhidmatan Peta Google, kata Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Jumaat.

    Sheinbaum tidak banyak memperincikan butiran saman itu semasa sidang media hariannya. Google juga belum mengeluarkan sebarang komen, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Pada Februari lalu, Google menukar nama Gulf of Mexico kepada Gulf of America bagi pengguna di Amerika Syarikat selepas Kerajaan AS secara unilateral menamakan semula kawasan perairan itu.

    Bagi pengguna di luar AS, kedua-dua nama berkenaan masih dipaparkan.

    MENARIK:  EAIC rujuk MOF kes pegawai kanan kastam dakwa 'dihukum' pindah

    Presiden AS ketika itu, Donald Trump, mengarahkan penamaan semula kawasan perairan di pantai selatan AS dan Pantai Timur Mexico sebagai menghormati “kehebatan Amerika” sejurus selepas beliau memegang jawatan.

    Nama semasa bagi teluk di pantai selatan AS itu telah digunakan sejak abad ke-16.

    Perairan berkenaan meliputi negeri-negeri AS seperti Texas, Louisiana, Mississippi, Alabama dan Florida, selain turut bersempadan dengan Mexico dan Cuba. Menurut dekri Trump, penukaran nama itu terpakai sehingga ke sempadan maritim Mexico dan Cuba.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah