26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat berkaitan bayaran gratuiti

    Shopee Sale

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan bahawa kementerian itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28 Julai 2025 yang tular di media sosial berkaitan bayaran gratuiti kepada seorang individu.

    Beliau berkata surat itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sama ada oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) atau beliau sendiri sebagai menteri.

    “Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian.

    "Sehubungan itu, saya menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan dokumen seumpama ini yang jelas mempunyai unsur penipuan dan penyamaran,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

    MENARIK:  Semak fakta: Old Town White Coffee dimiliki syarikat Belanda, bukan Nga

    Nanta berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan mengenai ketulenan dokumen atau komunikasi yang didakwa dikeluarkan oleh KKR dinasihatkan untuk menghubungi terus saluran rasmi kementerian di laman sesawang http://www.kkr.gov.my atau talian rasminya.

    Sebelum ini, tular di media sosial surat pemberian gratuiti lebih RM26 juta kepada waris seorang individu dalam majlis yang akan diadakan esok di KKR di Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah