30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Penggunaan kad pengenalan sebagai mekanisme pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95 dan terdedah kepada masalah seperti kerosakan cip menjadi antara isu tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

    Selain itu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan langkah diambil terhadap impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi biodiversiti kawasan hutan simpan sehingga menyebabkan berlakunya konflik antara hidupan liar dengan manusia, serta langkah membantu penduduk terkesan dengan ancaman hidupan liar yang memasuki kampung.

    Pada sesi soal jawab pula, Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mahu Menteri Luar menyatakan pendirian semasa kerajaan serta jenis bantuan kemanusiaan yang telah dihulurkan dan kos diperuntukkan pada 2023-2024 bagi krisis kemanusiaan Gaza.

    MENARIK:  Mualaf gagal rayuan untuk kembali gunakan nama kelahiran

    Turut tersenarai, soalan Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta Perdana Menteri menyatakan peranancangan kerajaan untuk menoktahkan isu pensijilan halal terhadap restoran serta syarikat makanan yang telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat dan dibimbangi boleh menganggu gugat perpaduan antara kaum dalam negara.

    Selesai sesi itu, persidangan diteruskan dengan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian terlibat.

    Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt dan berlanjutan sehingga 12 Dis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah