29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Media sendiri tak mahu siar isu pengiring TMJ ‘pukul’ OKU – Teo

    Shopee Sale

    “Penggelapan” laporan berkaitan sidang media pemandu Grab–yang mendakwa dipukul pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail–menimbulkan kebimbangan berkaitan kemungkinan kerajaan menapis media.

    Bagaimanapun, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menafikan terdapat arahan sebegitu.

    Katanya, mungkin pihak media sendiri yang memilih tidak melaporkannya.

    Bercakap kepada Malaysiakini, pemimpin DAP itu berkata dia hanya maklum berkaitan “penggelapan” itu selepas membaca beberapa berita.

    “Ia (penggelapan laporan) tidak pernah berlaku di peringkat saya,” katanya.

    Ong Ing Keong

    Anggota parlimen Kulai bagaimanapun berkata tidak semua media yang mengambil tindakan sama dan itu membuktikan tiada arahan daripada kementerian.

    Teo juga berkata dia ada menghubungi editor daripada dua organisasi berita dan dimaklumkan bahawa penggelapan itu dibuat susulan keputusan dalaman.

    “Saya tanya kenapa (tidak lapor)? Kamu ada terima apa-apa arahan?

    “Mereka kata tidak, ini keputusan dalaman,” katanya.

    Minggu lepas, Ong Ing Keong dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty mengadakan sidang media yang antaranya mendakwa terdapat cubaan polis menutup kes itu.

    MENARIK:  Perobohan Kg Papan masuk hari ketiga, aktivis terus pertikai

    Beberapa media tidak melaporkannya. Bagi media yang melaporkannya pula, laporannya tidak lagi dapat diakses di laman web.

    Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim justeru menggesa editor membantah penapisan media, dengan menggambarkan terdapat arahan daripada kerajaan.

    Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil juga menafikan dia mengeluarkan arahan itu.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah