27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB umum cuti di Perlis esok

    Shopee Sale

    Kerajaan Perlis mengisytiharkan hari esok, 1 Januari, sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena penganjuran Karnival Sambutan Tahun Baru 2026.

    Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

    Abu Bakar berkata, pemberian cuti tersebut merupakan bentuk penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat yang menjayakan sambutan berkenaan yang diadakan pada malam 31 Disember.

    "Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala peranancangan sebaiknya," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

    MENARIK:  Seks tanpa rela: Bekas inspektor polis diarah bayar dua wanita Mongolia RM820,000

    Pengisytiharaan cuti peristiwa itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

    Tanggal 1 Januari bukanlan hari kelepasan am di negeri Perlis, sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun lepas.

    Bagaimanapun menteri besar boleh mengumumkannya sebagai cuti peristiwa. 

    Tahun lepas, pendahulu Abu Bakar daripada PAS, Mohd Shukri Ramli, turut mengumumkan cuti pada tarikh ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah