29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat warga asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta

    Shopee Sale

    Polis menemukan mayat seorang lelaki disyaki warganegara asing dipercayai dibunuh selepas menahan sebuah kereta di sekitar Telok Panglima Garang dekat Shah Alam tiga hari lepas (3 Dis).

    Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima makluman berkenaan penemuan itu kira-kira 5.08 pagi, daripada anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

    “Ketika rondaan dilakukan, anggota berkenaan menahan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing ditemani rakannya yang juga merupakan warganegara asing, dengan masing-masing berusia dalam lingkungan 17 dan 22 tahun. 

    MENARIK:  'Jangan pandang remeh rasuah, jabatan kecil boleh sebabkan rugi RM2b'

    “Pemeriksaan lanjut menemukan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an di bahagian bonet kereta itu dengan beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh badannya, sebelum kematian disahkan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mohd Akmal berkata kedua-dua suspek yang berada dalam kereta dikenal pasti sebagai pekerja ladang, direman selama tujuh hari sehingga 14 Dis ini bagi membantu siasatan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah