29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat dalam bagasi: Polis tahan 4 individu bantu siasatan kes bunuh

    Shopee Sale

    Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, di Butterworth pada 9 Okt lepas.

    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata dua lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di negeri ini dan di Perak semalam.

    “Saya sahkan penahanan empat individu itu dan kesemua mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  Trend kemalangan di Negeri Sembilan membimbangkan

    “Butiran lanjut perkembangan kes itu saya akan maklumkan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh.

    Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagaiLee Boon Han, 31 tahun, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 8 Okt.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah