26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mati akibat renjatan elektrik: Keluarga Vinosiny, UUM akan jalani mediasi

    Shopee Sale

    Keluarga S Vinosiny dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menjalani proses mediasi pada tahun depan dalam usaha mencapai penyelesaian berhubung saman yang difailkan susulan kematiannya akibat renjatan elektrik di bilik asrama.

    Peguam keluarga, M Manoharan, memaklumkan perkara tersebut akan didengar oleh peranantara pada 23 Mac 2025.

    “Status mediasi akan dimaklumkan (kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar) pada 16 April 2025,” katanya kepada Malaysiakini.

    Manoharan berkata mahkamah akan mengadakan perbicaraan penuh selama tiga hari bermula 10 Nov tahun depan sekiranya tiada penyelesaian dicapai melalui mediasi tersebut.

    MENARIK:  Malaysia peroleh laluan selamat untuk kapal di Selat Hormuz

    Pada Mei 2022, Vinosiny yang merupakan pelajar tahun empat jurusan perakaunan dan sistem maklumat dilaporkan meninggal dunia, disyaki akibat renjatan elektrik di bilik asramanya.

    Mendiang kembali ke kampus seminggu sebelum tragedi itu berlaku.

    Tahun lepas, Mahkamah Koroner Alor Setar memutuskan dia meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

    Pada Februari lalu, bapanya R Sivakumar memfailkan saman terhadap UUM atas dakwaan kecuaian dan menuntut ganti rugi sebanyak RM3.05 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah