25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mat Hasan bincang konflik terkini bersama menteri luar Iran

    Shopee Sale

    Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak peningkatan ketegangan di Timur Tengah.

    Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra dalam catatan di Facebook pada Isnin memaklumkan Mohamad membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turkiye.

    MENARIK:  Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa

    "Kedua-dua Menteri membincangkan perkembangan semasa berikutan serangan terbaharu ke atas Iran," menurut kementerian itu.

    Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, menyebabkan Tehran bertindak balas.

    Pada Ahad, Amerika Syarikat melakukan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran yang mencetuskan ketakutan dan kecaman di seluruh dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah