30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masalah peribadi, hutang disyaki punca pengawal keselamatan dibunuh

    Shopee Sale

    Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.

    Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap seorang lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekerja mangsa, yang ditahan sehari selepas penemuan mayat terbabit.

    Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian.

    “Hasil bezah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan

    Robin berkata lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Selangor esok.

    Sebelum ini Robin dilaporkan berkata mayat pengawal keselamatan berkenaan dijumpai selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada 6.04 petang, 16 Sept lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah