29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mandiri kecam aktivis pelajar disiasat berhubung himpunan antirasuah

    Shopee Sale

    Kumpulan Mandiri mengkritik polis kerana memulakan siasatan terhadap seorang aktivis pelajar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan antirasuah bulan lepas.

    Penyelaras Mandiri, Hamdin Nordin, berkata kumpulan itu bersolidariti dengan penyelaras Liga Mahasiswa Malaysia, Alyaah Hani, yang dipanggil polis untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berhubung protes himpunan Gempur Rasuah 2.0.

    Seksyen itu – yang menjenayahkan perkataan, gerak isyarat atau objek yang menghina kesopanan atau mengganggu privasi mereka – membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

    Mendakwa siasatan terhadap Alyaah dibuat selepas laporan polis dibuat terhadapnya, Hamdin berkata siasatan itu adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan menyekat suara pelajar yang lantang menentang rasuah dan salah guna kuasa.

    “Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang kononnya diguna atas dakwaan ‘menghina kehormatan seseorang’ adalah kabur, tidak berasas, dan berbaur politik.

    MENARIK:  Kecewa dengan agensi k'jaan, pengerusi Mitra minta dana RM5 bilion

    “Persoalannya, siapakah yang berasa diaibkan?

    “Apakah kenyataan kritikal terhadap amalan rasuah dan sistem korup dianggap satu penghinaan kehormatan?

    “Jika benar, maka ternyata yang diaibkan adalah mereka yang memang tidak punya kehormatan, golongan elit yang bersekongkol menyedut kekayaan negara,” katanya.

    Tambah Hamdin membawa mahasiswa ke balai dan menyiasat mereka “seolah-olah penjenayah” boleh ditafsir sebagai kelemahan ketara kerajaan mendepani kritikan orang awam.

    Sambil menggesa polis menggugurkan siasatan "tidak relevan" ke atas Alyaa, Hamdin turut menggesa kerajaan menjamin ruang demokrasi untuk pelajar dan orang ramai bersuara tanpa takut akan ancaman undang-undang.

    Alyaah dijangka memberikan keterangannya kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2 petang esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah