28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS

    Shopee Sale

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di AS dengan bersandarkan pencapaian semasa negara.

    Katanya walaupun AS menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, petunjuk ekonomi negara termasuk kadar inflasi yang terkawal dan unjuran pertumbuhan negara bagi suku kedua sebanyak 5.8 peratus telah memberi sokongan yang baik.

    Bagaimanapun, menurut Tengku Zafrul, negara juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi buruk termasuk memberi fokus kepada industri yang berdaya tahan.

    "Bagi kita, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka dengan nisbah perdagangan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) 130 peratus, kita perlu memastikan ekonomi kita adalah ekonomi yang pelbagai, bukan sahaja dari segi produk dan KDNK malah pasaran, " katanya.

    MENARIK:  Peguam lapor polis isu maklumat saksi inkues Zara Qairina bocor

    Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program pertemuan konsultasi kebangsaan mengenai perdagangan hijau, anjuran Khazanah Research Institute serta Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah