29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia kutuk keras kekejaman Israel di Lubnan

    Shopee Sale

    Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan termasuk serangan terhadap konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) yang turut mencederakan anggota pengaman Malaysia.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat kabinet hari ini.

    "Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel dan ini tidak boleh diterima.

    "Kerajaan juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan (oleh Israel) terhadap Lubnan dan Unifil," katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

    Fahmi berkata sebarang tindakan yang perlu diambil susulan serangan itu akan diputuskan oleh Kementerian Pertahanan.

    MENARIK:  Dividen KWSP 6.3 peratus tertinggi sejak 2017

    Semalam, enam anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida di Lubnan.

    Ia berlaku ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah kira-kira jam 1.54 tengah hari (7.54 malam waktu Malaysia).

    Pasukan itu yang terdiri daripada 220 pegawai dan anggota pangkat lain baru sahaja tiba di Lubnan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila serangan berlaku.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah