29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia akan hantar pulang rakyat Palestin selepas selesai rawatan

    Shopee Sale

    Malaysia akan menghantar pulang rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini apabila mereka selesai menjalani rawatan, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan.

    Katanya komitmen itu diberikan kepada pemimpin Palestin sebelum rakyat negara itu yang cedera menerima rawatan di Malaysia.

    "Janji kita dengan Palestin...mereka (ini) tak nak keluar (dari Palestin) mereka rela mati di negara mereka...mereka nak mati di tanah air sendiri, jadi kita kena hantar mereka pulang.

    "Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, mereka tak mahu ke Jordan (dan) sebagainya...biarlah mereka mati di situ, katanya.

    “Tapi kita sebagai masyarakat antarabangsa, negara mempunyai hati terhadap penderitaan, sedikit yang kita buat tu janganlah jadi sebagai perkara yang dihebohkan sangat.

    "Tak usah risau, ada negeri risau kita akan hantar orang Palestin (ini) duduk di negeri itu, tidak ada," katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam ini.

    MENARIK:  Rafizi: Strategi PKR 25 tahun dulu kini diciplak bekas ahli

    Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa rakyat Palestin yang cedera, tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

    Kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 pesakit dan 86 waris mereka, berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir.

    Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin yang turut serta dalam sidang media itu berkata belum ada sebarangan rancangan bagi penerbangan kedua untuk membawa masuk rakyat Palestin.

    "Buat ketika ini belum," kata Mohamed Khaled ketika ditanya media.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah