27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah Rayuan perintah 4 tertuduh kes bunuh Nhaveen bela diri

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu yang didakwa atas tuduhan membunuh T Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lalu untuk membela diri.

    Panel tiga hakim yang bersidang hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum ini yang menolak kes tersebut tiga tahun lalu.

    Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang mempengerusikan sidang Mahkamah Rayuan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat tertuduh dan oleh itu memerlukan mereka membela diri atas kes pembunuhan remaja itu pada 9 Jun 2017.

    “Berdasarkan hujahan, mengenai kematian Nhaveen terdapat kekhilafan dalam dapatan Mahkamah Tinggi.

    MENARIK:  Kes Zara: Pembangkang tuntut siasat punca kelemahan siasatan awal

    “Setelah membuat penilaian ke atas keterangan dikemukakan pihak pendakwaan, ada cukup bukti untuk mewujudkan prima facie bagi rayuan satu dan rayuan dua.

    “Dengan itu tertuduh satu hingga tiga diarah bela diri. Manakala bagi tertuduh ke empat, perintah reman dikeluarkan sementara sambung bicara di hadapan Mahkamah Tinggi," kata Ruzima, lapor media tempatan.

    Selain Ruzima, Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Noorin Badaruddin sebulat suara memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi Georgetown sebelum ini mempunyai khilaf.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah