31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah arah polis luaskan pencarian bekas suami Indira Gandhi

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperluas pencarian Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri, M Indira Gandhi.

    Hakim Norsharidah Awang berkata pencarian sepatutnya tidak hanya tertumpu di Kelantan, tetapi seluruh Malaysia.

    “Kalau boleh, jangan fokus hanya pada Kelantan. Seluruh Malaysia…Kedah, Perak…Kes ini telah berlanjutan bertahun-tahun, dan perlu ada kemas kini yang lebih proaktif,” katanya.

    Terdahulu, ASP Yap Siew Cheng, 44, daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dipanggil untuk sesi soal jawab berhubung afidavit tambahan yang difailkan Indira Ghandi selaku pemohon berkaitan bantuan Budi Madani 95 (Budi95) dan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) oleh Muhammad Riduan, bagi pemantauan kehakiman berhubung waran tangkap terhadap bekas suaminya itu.

    Ditanya Norsharidah jika polis dapat mengenal pasti stesen minyak yang gunakan Muhammad Riduan bagi Budi95, Yap memaklumkan pihak polis masih dan terus menjalankan siasatan.

    Yap juga menjelaskan pihaknya menjalankan siasatan di negeri berkenaan kerana isteri kedua Muhammad Riduan berasal dari Kelantan dan hasil semakan awal daripada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ini mendapati anaknya bersekolah di Kelantan.

    MENARIK:  ULASAN | Muhyiddin, berhentilah bangkitkan isu keabsahan PM 

    Dia juga memaklumkan pihak polis masih dan terus menjalankan beberapa  langkah-langkah siasatan selanjutnya berhubung pelaksanaan Waran Pengkomitan bertarikh 30 Mei 2014 bagi mengesan Muhammad Riduan bermula 9 Sept hingga 17 Nov lepas.

    Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 Feb tahun depan untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

    Pada 2009, Muhammad Riduan menukar agama tiga anak mereka kepada Islam tanpa persetujuan Indira dan memohon hak penjagaan melalui Mahkamah Syariah.

    Pada 29 Jan 2018, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penukaran agama ketiga-tiga anak kepada Indra Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan adalah batal dan tidak sah.

    Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah