26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAHB dinyah senarai dari Bursa Malaysia 25 Feb

    Shopee Sale

    Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 25 Feb ini. 

    Dagangan saham MAHB  digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam syarikat tersebut.

    Pada 12 Feb lepas, GDA (konsortium terdiri daripada Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Abu Dhabi Investment Authority dan Global Infrastructure Partners milik BlackRock), mengambil alih 1.64 bilion atau 98.68 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat 5 petang pada hari yang sama. 

    Konsortium itu mengemukakan permohonan untuk menyah senarai MAHB dari Bursa Malaysia pada hari berikutnya dan kemudian mencadangkan untuk mengambil alih kesemua saham pada harga RM11 sesaham daripada pemegang saham yang tidak bersetuju menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

    MENARIK:  Saya percaya kerana Jho Low dari dulu lagi kaya - Jasmine Loo

    Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata tawaran GDA untuk membeli semua baki saham MAHB pada RM11 sesaham bertujuan meletakkan syarikat itu pada kedudukan untuk disenaraikan semula pada masa depan dengan penilaian yang lebih tinggi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah