28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mafia korporat’: Ahli perniagaan persoal serbuan polis

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan Victor Chin yang didakwa terlibat dalam isu “mafia korporat” mempersoalkan mengapa pihak berkuasa menyerbu rumahnya Jumaat lalu.

    Dalam kenyataan hari ini, Chin berkata dia telah memberi kerjasama dengan pihak polis sejak Disember lalu, malah pernah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dan pengubahan wang haram.

    “Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Saya sudah memberikan kenyataan kepada penyiasat anti-pengubahan wang haram, dengan jelas menjelaskan perananan dan kedudukan saya dalam perkara ini, yang sepatutnya diketahui polis.

    “(Polis) tahu lokasi saya dan mempunyai cara untuk menghubungi saya pada bila-bila masa.

    “Jadi, mengapa perlu menyerbu rumah saya?” soalnya.

    Jumaat lalu, polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyerbu kediaman milik Chin di Sungai Long dan Kemensah.

    Menurut laporan StarBiz, barangan yang dirampas termasuk dua buah kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam mata wang ringgit dan mata wang asing, serta dokumen.

    Laporan itu memetik sumber menyatakan bahawa Chin dan isterinya tidak berada di rumah semasa serbuan dilakukan dan hanya tiga pembantunya berada di situ.

    MENARIK:  Polis terima empat laporan ugutan video lucah

    Serbuan itu dilakukan beberapa hari selepas kabinet mengarahkan polis, SC, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM menyiasat dakwaan mafia korporat.

    Serah bukti

    Bulan lalu, Bloomberg menamakan Chin sebagai sebahagian daripada rangkaian ahli perniagaan yang didakwa bekerjasama dengan SPRM untuk melakukan pengambilalihan korporat terhadap syarikat pesaing.

    Chin menafikan dakwaan itu.

    Dia juga menyokong cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu dan meneliti dakwaan penglibatan SPRM.

    Dalam kenyataannya hari ini, ahli perniagaan itu berkata dia akan menyerahkan semua bukti dan dokumen sokongan yang membuktikan dia tidak terlibat dalam “mafia korporat” kepada peguamnya tidak lama lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah