31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke tegur Tok Mat: DAP tak terbabit isu Khazanah, Tabung Haji

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan parti itu tidak terlibat dalam penjualan aset kerajaan – apa lagi yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad dan Tabung Haji – semasa pentadbiran Pakatan Harapan antara 2018 hingga 2020.

    Loke berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan semalam, yang membayangkan DAP bertanggungjawab atas penjualan saham IHH Healthcare Bhd milik Khazanah serta sebidang tanah di Kuala Lumpur yang dimiliki Tabung Haji.

    “Tak ada wakil DAP dalam lembaga pengarah Khazanah, (memang) menteri kewangan DAP (Lim Guan Eng) tapi tak dilantik duduk.

    "Pengerusi Khazanah (ketika itu) Tun Mahathir, menteri yang dilantik duduk ialah menteri ekonomi, Azmin Ali, yang duduk dalam Khazanah tak ada wakil DAP.

    “Apa-apa keputusan Khazanah kenapa salahkan DAP,” soal Loke ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor di Klang hari ini.

    Semalam, Mohamad berkata kejadian itu berlaku kerana Pakatan Harapan mentadbir kerajaan ketika itu tanpa kehadiran Umno untuk campur tangan.

    ‘Guan Eng suntik dana Tabung Haji’

    Menteri luar negeri itu menyebut perkara tersebut bagi mempertahankan keperluan Umno kekal dalam kerajaan gabungan.

    Mengulas dakwaan Mohamad berhubung Tabung Haji, Loke sekali lagi menegaskan DAP tidak mempunyai sebarang perananan dalam pengurusan dana jemaah haji itu.

    MENARIK:  'Apa Muhyiddin buat untuk bantu orang miskin ketika jadi PM?'

    “Tabung Haji sudah tentu bukan dipegang atau wakil DAP, sudah tentu (kalau betul) riuh rendah ketika itu," kata Loke berseloroh.

    Menteri pengangkutan itu turut memuji penasihat nasional DAP Lim Guan Eng, yang merupakan menteri kewangan ketika itu, atas usahanya “menyuntik dana untuk menyelamatkan” Tabung Haji.

    Loke menegaskan timbalan presiden Umno tidak berbahas secara matang dan berasaskan fakta.

    "Kita berpolitik kena secara matang, behujah kena secara fakta, fakta ini tak betul," katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah