28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke: DAP bukan buat kongres khas 12 Julai ini

    Shopee Sale

    Kongres “khas” DAP yang hangat diperkatakan dan dijadualkan pada 12 Julai ini adalah satu persidangan kebangsaan yang diadakan mengikut perlembagaan parti.

    Setiausaha agung DAP Anthony Loke menjelaskan bahawa ia bukanlah kongres khas atau mesyuarat agung luar biasa (EGM), seperti yang dilaporkan secara tidak tepat oleh beberapa media.

    Dalam temu bual dengan Malaysiakini, dia berkata mengikut perlembagaan DAP, satu kongres kebangsaan mesti diadakan setiap tiga tahun atau 36 bulan, dan pengundian parti dijalankan dalam tempoh tersebut.

    Katanya, perlembagaan parti juga menetapkan satu persidangan kebangsaan mesti diadakan setiap 18 bulan, kecuali jika kongres kebangsaan berlangsung dalam tempoh tersebut.

    “Apa yang kita nak buat adalah persidangan kebangsaan, yang memang telah dijadualkan untuk tahun ini. Ia bukan kongres khas,” katanya sambil menambah bahawa persidangan kebangsaan tidak melibatkan pengundian parti.

    Memandangkan DAP telah mengadakan kongres kebangsaan beserta pengundian parti pada Mac tahun lalu, Loke berkata parti itu perlu mengadakan persidangan kebangsaan sebelum September tahun ini.

    Menurutnya, parti memutuskan untuk mempercepat persidangan itu kepada 12 Julai bagi membincangkan kedudukannya dalam kerajaan.

    Perincian belum diputuskan

    Ditanya mengenai butiran persidangan itu, Loke berkata idea awal adalah agar jawatankuasa eksekutif pusat membentangkan satu usul untuk dibahaskan dan diundi oleh para perwakilan.

    “Kaedah pengundian mungkin satu ahli, satu undi — bukan dengan angkat tangan, tetapi melalui undi sulit, seperti referendum,” katanya.

    Loke turut mengesahkan bahawa DAP akan melantik sebuah firma penyelidik luar untuk menjalankan tinjauan pendapat berkala sebagai rujukan bagi mengukur sentimen rakyat terhadap kerajaan.

    MENARIK:  Aziz Yusoff ‘bojeng’ untuk Awie

    Dia bagaimanapun tidak menjawab secara terus berhubung sama ada dia berpuas hati atau tidak dengan prestasi dan usaha reformasi kerajaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    “Ti da gunanya saya kata saya puas hati atau tidak. Apa yang penting adalah kita terus mendesak reformasi dari dalam kerajaan.

    “Dalam dua hingga tiga bulan kebelakangan ini, apa yang boleh kita laporkan kepada pengundi ialah beberapa reformasi telah mula dilaksanakan.

    “Contohnya, dua rang undang-undang pindaan perlembagaan: mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri dan memisahkan kuasa peguam negara,” katanya.

    DAP kalah teruk dalam PRN Sabah pada November tahun lalu, dengan tewas di kesemua lapan kerusi yang ditandinginya.

    DAP kemudian mengakui yang parti itu dan PH berdepan krisis keyakinan dan berjanji mempercepat agenda reformasi bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam tempoh enam bulan berikutnya.

    Loke kemudian menjelaskan bahawa jika Anwar gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan tersebut, DAP akan menilai semula kedudukannya dalam kerajaan.

    Namun, katanya, ia tidak bermaksud DAP — parti dengan kerusi Parlimen paling banyak dalam kerajaan — akan menarik sokongan terhadap pentadbiran Madani sehingga menyebabkan ketidaktentuan politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah