27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loga Bala menang tanpa bertanding jawatan presiden MyPPP

    Shopee Sale

    Datuk Dr J Loga Bala Mohan diumum sebagai Presiden Parti Progresif Rakyat (MyPPP) baru hari ini selepas menang tanpa bertanding pada pengundian jawatan utama parti itu.

    Setiausaha Agung MyPPP Datuk Inder Singh Beant Singh berkata pengundian Loga Bala yang sebelum ini memangku jawatan presiden itu disokong sebulat suara perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-71 parti itu.

    “Pada AGM kali ini kita turut mengusulkan antaranya meminda perlembagaan parti, penstrukturan semula jawatan Naib Presiden Kanan yang ditukar nama kepada Timbalan Presiden.

    “… ini juga termasuk mencadangkan penjenamaan semula logo parti serta akan kembali dikenali sebagai PPP, selepas pindaan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya kepada pemberita selepas AGM itu hari ini.

    Loga Bala menggantikan mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 17 Nov 2023.

    MENARIK:  Dakwa rasuah: Chegubard direman dua hari

    Sebelum ini Loga Bala yang merupakan naib presiden kanan parti itu memangku jawatan presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.

    Inder Singh berkata kerusi Timbalan Presiden MyPPP pula kini diisi Datuk Mohan A Kandasamy yang sebelum ini memangku jawatan Naib Presiden Kanan.

    MyPPP yang ditubuhkan pada 1953 pada masa ini mempunyai 320,000 keahlian di 119 bahagian dan 3,119 cawangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah