Lawyers for Liberty (LFL) menggesa kerajaan untuk menyemak semula garis panduan khidmat iringan VIP, susulan kes serangan melibatkan seorang pemandu e-hailing OKU sebelum ini.
Penasihat LFL N Surendran penekanan harus diberikan terhadap keselamatan awam.
“Kerajaan juga perlu melihat hal ini. Mereka perlu pindang undang-undang dan nyatakan secara jelas yang kesemalatan awam adalah paling utama,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
Surendran juga peguam kepada pemandu e-hailing tersebut, Ong Ing Keong.
Dia berkata pihak yang mengiring tidak seharusnya menjejaskan keselamatan awam ketika melaksanakan tugas mereka.
“Pastinya anda perlu lidungi mana-mana VIP yang anda (ditugaskan untuk) lindungi, tapi tidak sehingga menjejaskan keselamatan awam,” katanya lagi.
[Berita lanjut menyusul]





