26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lepas pertembungan ‘panas’ tautkan kembali PKR – Adam

    Shopee Sale

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK 2024/2025 supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada pembentukan dasar parti dan kerajaan semasa sesi perbahasan.

    Beliau berkata usul yang dikemukakan perlu bersandarkan kepada persoalan sebenar dan tidak seharusnya terbatas dalam ruang lingkup dalaman parti semata-mata.

    Adam Adli berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada kongres itu yang bertemakan ‘Membangun Madani, Menuju Reformasi’ di Johor Bahru hari ini.

    Menyentuh mengenai kekhuatiran berlakunya perpecahan dalaman PKR selepas pengundian kepimpinan , Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata berdasarkan pengalaman pada pengundian lepas, beliau yakin situasi terbbait tidak akan berlaku.

    “Paling mustahak adalah bagaimana selepas pertembungan tersebut kita tautkan kembali parti. Pemilihan PKR memang terbuka sebab itu ia dilihat panas, tetapi saya beri jaminan semua yang bertanding ini adalah orang yang sangat setia dengan perjuangan parti,” katanya.

    MENARIK:  NGO India dakwa dianggotai 12,000 ahli mahu jadi sayap parti baru Hamzah

    Kongres Nasional PKR 2024/2025 berlangsung tiga hari bermula malam tadi dengan perasmian serentak AMK dan Wanita, disusuli ucapan dasar, sekali gus perasmian kongres oleh Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

    Kongres berkenaan juga menyaksikan berlangsungnya proses pengundian kepimpinan parti bagi sesi 2025-2028 merangkumi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang bermula 8 pagi hingga 5 petang.

    Seramai 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pengundian merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah