26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lepas campur tangan Teo, TikTok padam akaun ambil anak angkat haram

    Shopee Sale

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching telah meminta TikTok untuk mengambil tindakan terhadap akaun yang didakwa menyediakan perkhidmatan pengambilan bayi untuk dijadikan anak angkat secara tidak sah.

    Teo berkata Timbalan setiausaha hal ehwal antarabangsa DAP Kasthuri Patto telah memaklumkan perkara itu kepadanya, susulan laporan yang diterbitkan Malaysiakini.

    "Saya telah maklumkan kepaa TikTok dan minta mereka padam kandungan itu. TikTok telah jumpa kandungan itu dan menanda kandungan klon (oleh pemilik akaun tersebut).

    "Tindakan sedang diambil untuk menyekat, melarang dan melaporkannya (pemilik akaun) kepada polis," katanya dalam hantaran di Instagram.

    Teo juga berkata polis telah dimaklumkan berkenaan perkara itu.

    Teo Nie Ching

    Semakan Malaysiakini pada jam enam petang tadi mendapati akaun itu telah disekat.

    Terdahulu, Kasthuri dan seorang lagi Adun DAP, Bavani Shasha Veraiah menggesa polis dan SPRM untuk menyiasat akaun itu.

    Kasthuri berkata akaun seumpama itu mengeksploitasi keluarga yang terdesak untuk mencari wang dengan cara pantas dan keluarga yang memerlukan anak angkat.

    Menipu keluarga

    Ketika dihubungi, Kasthuri berkata pemilik akaun itu menipu pasangan yang ingin mengambil anak angkat.

    Susulan laporan oleh Malaysiakini, katanya, seorang lelaki menghubunginya dan mendakwa pemilik akaun itu menggunakan alamat ibu bapanya.

    MENARIK:  Naib YDP PAS Nibong Tebal jadi calon PN di Sg Bakap

    "Dia lapor kepada Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada April, selepas kira-kira 30 pasangan datang ke rumah untuk mencari penipu itu.

    "Dia dakwa penipu itu akan tunggu pasangan yang berminat untuk memindahkan wang sebelum menyekat nombor mereka.

    "Dia juga beritahu saya yang wang yang ditipu berjumlah antara RM1,000 hingga RM20,000," katanya lagi.

    Namun, Kasthuri berkata lelaki tersebut mendakwa sehingga hari ini, tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

    "Isunya di sini, kita tidak tahu jika akaun itu menipu atau memang ada jual mana-mana bayi.

    "Sama ada penipuan mahupun sindiket pengambilan anak angkat, polis dan SPRM perlu siasat dan respons," katanya lagi, sambil menambah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang telah dimaklumkan berkenaan perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah