PARLIMEN | Kerajaan akan mengumumkan pelantikan pengerusi Suhakam yang baru tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran.
Bercakap di Dewan Rakyat petang ini, Kulasegaran berkata proses untuk memilih dan melantik pengerusi baru bagi suruhanjaya hak asasi manusia itu kini di peringkat akhir.
Menurut Kulasegaran, proses pengundian itu mengambil kira pindaan Akta Suhakam baru-baru ini yang mewajibkan anggota Suhakam bebas daripada sebarang penglibatan aktif dalam politik dan tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik.
"Justeru itu satu mesyuarat jawatankuasa pengundi bagi memilih pengerusi Suhakam telah diadakan pada 7 Jun 2024, selaras dengan Seksyen 11A Akta Suhakam.
"Cadangan (melantik) pengerusi Suhakam pada masa kini berada pada peringkat akhir, dan pengerusi baru akan diumumkan dalam masa yang terdekat," katanya.
[Berita penuh menyusul]





